Atlet pecut berusia 20 tahun itu meraih pingat emas dengan catatan 10.42 saat (s) sekali gus mengulangi pencapaian diraih Khairul Hafiz Jantan yang menjuarai edisi Terbuka Thailand dua tahun lalu.

Zulfiqar berjaya menewaskan dua pelari tuan rumah, Siripol Punpa dan Jirapong Meenapra yang masing-masing meraih pingat perak serta gangsa dalam kejohanan di laman sendiri.

Kejayaan Zulfiqar menyaksikan skuad olahraga negara menutup saingan hari pertama kejohanan itu dengan kutipan dua pingat emas selepas terdahulu dimenangi Abdul Rahman Lee dalam acara lempar cakera.

Pelari 400m wanita, Nurul Faizah Asma Mazlan berjaya meraih pingat perak manakala Choo Kang Ni menduduki tempat ketiga untuk acara lempar cakera wanita. - K! ONLINE