Pada Sukma 2018 yang berlangsung Arena Batu Kurau, Perak hari ini, pelumba berusia 21 tahun itu mudah mengetepikan lawan masing-masing untuk dinobatkan sebagai juara menerusi catatan masa sebanyak 44 minit 57.316 saat (s). 

Menurut atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu, statusnya yang muncul sebagai pelumba wanita pertama meraih emas hatrik di Sukma merupakan penghormatan tertinggi dan kebanggaan bagi dirinya serta skuad Terengganu.

"Saya sangat gembira dengan pencapaian ini lebih-lebih lagi apabila ini adalah Sukma terakhir saya. Kemenangan ini bakal dijadikan semangat dan motivasi kepada saya serta pelumba Terengganu yang lain untuk melakukan yang terbaik pada acara seterusnya," jelasnya. - K! ONLINE