Neymar sebelum ini menjadi salah seorang pemain sandaran skuad bimbingan Tite untuk melengkapkan kemenangan keenam Brazil, namun sebaliknya berlaku apabila lakonan kontroversinya lebih menyerlah berbanding kualiti permainan yang dipamerkan sepanjang kempen Piala Dunia di Rusia.

“Kami mengharapkan Neymar menyumbangkan lagi satu kejayaan buat pasukan kerana dia merupakan seorang pemain hebat ketika berada di atas padang.

“Kritikan ini adalah satu perkara biasa berdasarkan apa yang telah berlaku terhadapnya sepanjang kempen di Rusia.

“Persembahannya tidak seperti apa yang diharapkan kerana sebagai seorang pemain hebat, ia adalah platform terbaik untuknya menunjukkan kemampuan sebenar pada Piala Dunia.

“Tidak dinafikan, penyerang Paris Saint-German (PSG) tersebut sememangnya seorang pemain berbakat, namun disebabkan hanya 30 minit semua tanggapan peminat terhadapnya berubah,” kata Cafu.

Kini, kempen Piala Dunia buat Neymar sudah berakhir dan dia lebih menumpukan hal lain terutamanya potensi pemain berusia 26 tahun tersebut untuk berhijrah ke Real Madrid.

Spekulasi tersebut tercetus beberapa hari kebelakangan ini selepas dia dikatakan bakal menggantikan tempat Cristiano Ronaldo yang sudah berhijrah ke Juventus awal minggu ini. – Agensi