Catatan tersebut memperbaharui rekod lama dalam dewan kebangsaan 2.15m kepunyaan seorang lagi atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei yang melakukannya sebanyak dua kali di Ostrava, Republik Czech dan Vienna, Austria pada 2012.

Ia merupakan peningkatan prestasi terbaik ditunjukkan Olimpian negara itu yang ketika ini menjalani latihan di Eropah dengan mengeluarkan duit sendiri selain meminjam wang daripada kenalan rapat dan dijadualkan pulang ke tanah air pada Sabtu ini. - K! ONLINE