Beliau menolak khabar angin yang tersebar itu dan masih meneruskan tugasnya sebagai pe­ngendali Perak pada musim ini.

“Saya telah me­ngendali Pe­rak dalam tempoh yang lama. Saya juga mahu memenangi kejua­raan bersama Perak pada musim ini.

“Ketika Perak sibuk dalam saingan Piala Malaysia, terdapat pula spekulasi ini terhadap saya. Ini terpulang kepada mereka untuk menilai mengenai perkara itu,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Perak selepas perlawanan Perak menentang Terengganu Football Club I di Ipoh kelmarin.

Akhbar sebelum ini melapor­kan khabar angin di media sosial mengatakan pengendali Perak itu berada dalam radar Persa­tuan Bola Sepak Sela­ngor (FAS).

Menurut laporan itu, Setia­usaha Agung FAS, Johan Kamal Hamidon bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai perkara itu, namun tidak menafikan khabar angin tersebut.

Dalam pada itu, tegas Durakovic, beliau menafikan khabar angin tersebut dan akan terus membim­bing skuad The Bos Gaurus sehingga peng­hujung saingan Piala Malaysia musim ini.