NADAL berjaya mencatat kemenangan menewaskan Khachanov pada aksi
NADAL berjaya mencatat kemenangan menewaskan Khachanov pada aksi pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat kelmarin biarpun terpaksa menahan kesakitan pada lututnya.

Pemain No. 1 dunia tersebut membuktikan dirinya berada dalam kelas tersendiri apabila mampu bertahan sepanjang perlawanan biarpun permainan dikuasai oleh lawannya yang berusia 10 tahun lebih muda daripada­nya.

Pemegang 17 gelaran Grand Slam itu seakan-akan langsung tidak memberikan belas kasihan terhadap Khachanov yang bertungkus-lumus me­ncari peluang untuk mencipta kejutan.

“Saya berasa sangat lega ­dapat mengharungi situasi yang sangat sukar. Saya cuba sedaya upaya untuk kekal tenang kerana dia bermain dengan sangat baik. Namun, saya sedar pa­ling penting adalah rentak per­mainan saya.

“Ada masanya, saya tidak sedar apa yang terjadi kerana semuanya berlaku dengan pantas. Saya tak sempat fikir panjang sebelum tentukan sama ada ia keputusan tepat pada masa yang sesuai.

“Mungkin masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum perlawanan akan datang. Saya gembira berpeluang untuk terus berjuang,” ujarnya. – AGENSI