Pemain nombor satu dunia itu yang melakar kemena­ngan yang ke-80 di Roland Garros dilihat sedikit penat ekoran perlawanan tersebut tertangguh akibat hujan.

Bagaimanapun, Nadal kembali dengan rentak terbaiknya meskipun mengakui gelanggang tersebut licin dan mengganggu rentak perlawanannya.

Raja gelanggang tanah liat itu hanya tewas dua kali di tempat tersebut sepanjang kariernya.

“Gelanggang ini sangat licin berbanding sebelum ini dan saya sering kali tergelincir setiap kali ingin menukar posisi dari kiri ke kanan. Sudah pasti ia sangat rumit dan mengganggu rentak perlawanan.

“Mungkin bagi peserta lain tiada alasan untuk diperkatakan tetapi ini adalah apa yang saya lalui. Jika anda saksikan di dalam televisyen, kamu semua akan dapat melihat terdapat lebih banyak zon putih daripada tahun-tahun sebelum ini.

“Gelanggang ini tiada cengkaman dan menyukarkan pemain untuk membalas pukulan pihak lawan,” katanya.

Dalam pada itu, Nadal enggan meletakkan sasaran terlalu awal untuk ke pentas final sebaliknya mahu menghadapi perlawanan demi perlawanan.

“Perlawanan pertama saya berdepan tugas yang sukar ke­rana lawan bermain dengan sangat agresif. Saya masih mampu bertahan tetapi perlawanan sentiasa menjadi sukar apabila menentang pemain yang memukul bola de­ngan kuat.

“Saya yakin tugas selepas ini bukan mudah dan saya akan menerima tentangan yang lebih hebat. Oleh itu, saya tidak berani untuk meletakkan sasaran kerana ada kalanya kita akan tewas dan menang,” ujarnya. – Agensi