Turut diumumkan sebagai Olahragawan pada majlis itu ialah atlet wushu, Ho Mun Hua yang pernah memenangi kejohanan dunia di Jakarta 2015, manakala pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan menerima anugerah Olahragawan Harapan.

Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Atas jasa dan sumbangan dalam bidang sukan negeri peringkat negeri dan antarabangsa, Idris turut dinobatkan sebagai Ikon Pembangunan Sukan.

Pada majlis itu, pasukan Melaka United yang menjuarai Liga FAM 2016 dan Liga Premier 2016 dipilih sebagai pasukan lelaki terbaik manakala pasukan wanita terbaik menjadi milik skuad hoki wanita negeri.

Jurulatih terbaik diberikan kepada Chan Chin Hin (wushu) dan olahragawati harapan dimenangi Tan Cheong Min (wushu). - K! ONLINE