Pemain kelahiran Felda Sungai Tekam, di sini itu terpaksa melupakan hasratnya kerana mempunyai saiz badan yang sederhana dan usianya kini mencecah 32 tahun.

Muhamad Rodzlan berkata, ramai rakan-rakannya serta peminat bola sepak ingin melihat beliau beraksi sebagai penjaga gol profesional namun impian itu kemungkinan besar tidak akan menjadi kenyataan. 

"Saya hanya bermain bola di kampung dan memang memasang impian untuk bergelar penjaga gol profesional tetapi terdapat beberapa faktor yang menghalangnya. 

"Saya hanya mampu melakukan yang terbaik untuk pasukan Jerantut dan saya berbangga dengan pencapaian setakat ini," katanya kepada Kosmo! Online hari ini. 

Menurutnya, beliau tidak menyangka dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pusingan ketiga Piala FA 2019 antara Jerantut dan Perak Rabu lalu kerana pasukannya tewas. 

"Ini adalah penghargaan dan anugerah tertinggi yang saya terima sepanjang mewakili Jerantut hampir 10 tahun," ujarnya. 

Kakitangan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) itu memberitahu, pencapaian terbaiknya sebelum ini adalah membantu Jerantut menjulang Piala Sultan Pahang 2015.

"Sebenarnya kami membuat persiapan untuk bermain dalam Liga M tahun ini tetapi tidak ada rezeki dan saya lakukan yang terbaik dalam saingan Piala FA," jelasnya. 

Tambahnya, beliau memohon maaf kerana gagal membawa Jerantut ke pusingan suku akhir Piala FA selepas tewas 1-2 dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong yang memberi sokongan. 

Muhamad Rodzlan mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila beraksi cemerlang bagi mengelak pasukannya menjadi skuad belasahan malah memaksa Perak bermandi peluh sebelum meledakkan dua gol menerusi Wander Luiz. - K! ONLINE