Pelumba berusia 29 tahun itu mengesahkan kemenangan apabila menamatkan perlumbaan sejauh 147.9 kilometer (km) dengan catatan masa sebanyak 3 jam 29 minit 04 saat sekali gus turut dinobatkan sebagai pendahulu keseluruhan (jersi kuning).

Pada masa yang sama, pelumba kelahiran Itali itu turut meraih jersi hijau selaku raja pecut apabila mengumpul 19 mata pada tiga zon pecutan masing-masing di Guar Cempedak, Alor Setar dan Pekan Kerpan. - K! ONLINE