Monreal telah bersama Arsenal sejak 2013 dan kini hanya berbaki satu tahun kontrak untuk kekal di Stadium Emirates.

“Semua perkara yang dilaporkan oleh media hanya khabar angin. Saya masih milik Arsenal dan berharap untuk kekal di sini jika khidmat saya masih diperlukan.

“Arsenal adalah pasukan yang hebat. Saya berasa selesa apabila beraksi bersama mereka. Dalam bola sepak, posisi setiap pemain kadang-kadang akan berubah. Saya mungkin akan beraksi di posisi pertahanan tengah jika terdapat pemain yang cedera.

“Namun posisi sebenar saya adalah bahagian bek kiri dan saya tetap mahukan posisi tersebut pada musim hadapan,” katanya.

Media tempatan me­laporkan bahawa pemain berusia 33 tahun itu akan dijual dalam masa terdekat untuk membolehkan Arsenal mendapatkan pemain sasaran mereka.

Kelmarin Arsenal telah melakukan bidaan kedua ke atas Tierney yang berjumlah £25 juta (RM129.02 juta) bagi membuktikan mereka serius untuk mencari pemain bek kiri yang baharu. – Agensi