Pada perlawanan tersebut, Alba, Luis Suarez serta Ivan Rakitic menjaringkan satu gol buat The Catalans manakala Messi membuktikan ketajamannya di bahagian serangan dengan meledak dua jaringan buat skuad kendalian Ernesto Velverde itu.

Mengulas lanjut, Alba percaya impak yang diberikan Messi ke atas pasukannya terlalu besar dan tidak mustahil mereka mampu untuk mempertahankan trofi Piala Raja Sepanyol musim ini.

“Kami merupakan skuad yang berlainan dengan kehadiran Messi dalam kesebelasan utama pasukan. Sudah jelas bahawa dia adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak antarabangsa.

“Ia terbukti apabila dia berjaya menyudahkan dua hantaran yang saya lakukan manakala dia telah membalas budi dengan mencipta peluang buat saya meledak gol peribadi.

“Justeru, saya sangat gembira dengan impak yang diberikannya dan berharap kami dapat menamatkan saingan musim ini dengan menjulang beberapa trofi penting untuk dihadiahkan kepada penyokong,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Kemenangan tersebut menyaksikan Barcelona mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir bersama beberapa pasukan gergasi seperti Real Madrid, Atletico Madrid dan Sevilla. – Agensi