McIlroy yang bermain dalam kumpulan sama de­ngan bintang golf dunia, Tiger Woods serta juara bertahan, Justin Thomas kelihatan bergelut sepanjang permai­nan untuk merekodkan catatan 70 pukulan.

Pemain berusia 29 tahun itu melakukan aksi hambar de­ngan melakukan dua birdie dan dua bogey, sekali gus ber­ada enam pukulan di belakang pendahulu pusingan pertama, Gary Woodland dari Amerika Syarikat.

Pemain dari Ireland Utara itu mengakui membuat keputusan untuk mula memakai pelekat anti keradangan setelah berasa ketegangan otot pada bahagian tangan kanannya ketika menyer­tai Kejohanan WGC minggu lalu.

“Saya memulakan permai­nan pada waktu pagi, jadi kea­daan cuaca dan sekeliling sa­ngat nyaman dan membantu. Esok (hari ini) saya akan bermain pada sebelah petang, saya jangkakan cabaran lebih besar.

“Lengan saya terasa sangat sakit apabila melakukan chipping kerana saya perlu pukul pada sudut tertentu. Keseluruhan lengan kanan saya menjadi sangat tegang.

“Saya banyak melakukan pukulan pada minggu lepas kerana hendak memperbaiki pukulan. Jadi, ia agak bengkak dan tegang, namun ia tidak memberikan sebarang masalah besar,” katanya. 
– Agensi