Pada perlumbaan tersebut, McCabe berjaya melakukan henjutan bertenaga meninggalkan kelompok besar untuk melintasi garisan penamat di kedudukan pertama menerusi catatan 4 jam 49 minit 39 saat (s).

Kejayaan tersebut turut membolehkan pelumba dari pasukan yang berpangkalan di Kanada itu merampas jersi kuning (pendahulu keseluruhan) daripada Marcus Culey (Team Sapura Cycling) selepas mencatat masa keseluruhan 14’3:28s dalam tiga peringkat setakat ini.

“Saya pernah beraksi di sini (LTdL) pada tahun 2017 dan membawa pulang dua kejuaraan peringkat. Pengalaman tersebut membolehkan saya memahami corak perlumbaan LTdL.

“Ketika saingan ini bermula, skuad kami pernah terpisah daripada kelompok besar, namun kami berjaya mengejar semula. Tanpa disangka-sangka, lima pelumba kami pula yang memimpin perlumbaan sehinggalah kami dikejar dari belakang kira-kira 15km sebelum ke garisan penamat.

“Melihat keadaan itu, saya mengerahkan segala keringat untuk memecut sehinggalah tiba ke garisan penamat,” kata McCabe.

Sementara itu Matteo Pelucchi dari pasukan Androni Giocattoli-Sidermec (Itali) meraih podium kedua dan Andrea Guardini (Bardiani CSF) pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga manakala pelumba negara dari pasukan Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Saleh tempat keempat.

Keputusan peringkat ketiga dari Muar ke Putrajaya (192.6km)

10 Pelumba Terbaik

1. Travis Mccabe (USA) Floyd’s Pro Cycling - 4 jam 49 minit dan 39 saat

2. Matteo Pelucchi (ITA) Adroni Giocattoli-Sidermec - 4’49:41s

3. Andrea Guardini (ITA) Bardiani CSF - 4’49:41s

4. Mohd. Harrif Saleh (MAS) Terengganu Inc TSG Cycling Team - 4’49:41s

5. Kazushige Kuboki (JPN) Pasukan Kebangsaan Jepun - 4’49:41s

6. Zhiwen Chen (CHN) Giant Cycling Team - 4’49:41s

7. Maria Bogdanovics (LAT) Interpro Cycling Team - 4’49:41s

8. Andriy Kulyk (UKR) Shenzhen Xidesheng Cycling Team - 4’49:41s

9. Blake Quick (AUS) St George Continental Cycling Team - 4’49:41s

10. Michael Freiberg (AUS) Pro Cycling Sunshine Coast Cycling - 4’49:41s

Pendahulu Keseluruhan(Jersi Kuning)

1. Travis Mccabe (USA) Floyd’s Pro Cycling - 14’03:28s

2. Marcus Culey (AUS) Team Sapura Cycling - 14’03:32s

3. Michael Freiberg (AUS) Pro Cycling Sunshine Coast Cycling - 14’03:41s

Pelumba Terbaik Malaysia

1. Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri - Pasukan Kebangsaan Malaysia - 14’03:41s

2. Muhamad Nur Aiman Mohd. Zariff - Team Sapura Cycling - 14’03:50s

3. Muhammad Zawawi Azman - Team Sapura Cycling - 14’04:04s

Raja Pecut (Jersi Hijau)

1. Travis Mccabe (USA) Floyd’s Pro Cycling - 29 mata

2. Michael Freiberg (AUS) Pro Cycling Sunshine Coast Cycling - 28 mata

3. Andrea Guardini (ITA) Bardiani CSF - 28 mata

Raja Bukit (Jersi Merah)

1. Angus Lyons (AUS) Oliver’s Real Good Racing - 35 mata

2. Marcus Culey (AUS) Team Sapura Cycling - 18 mata

3. Soonyeong Kwon (KOR) KPSO Bianchi Asia Pro Cycling - 15 mata

Pelumba Terbaik Asia(Jersi Putih)

1. Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri - Pasukan Kebangsaan Malaysia -14’03:41s

2. Vadim Pronskiy (KAZ) Vino Astana Motors - 14’03:46s

3. Matsuda Shoi (JPN) Pasukan Kebangsaan Jepun - 14’03:46s

Pasukan Keseluruhan

Protouch (RSA) - 42’11:18s

Vino Astana Motors - 42’11:18s

Bardiani CSF (ITA) - 42’11:22s