Pada sesi kelayakan malam tadi, pelumba dari Cervera, Sepanyol itu berjaya mencatat masa terpantas sepusingan de-ngan 1 minit 23.241 saat sekali gus mengecewakan dua pelumba Ducati, Andre Dovizioso dan Jorge Lorenzo.

Ketika ramai yang menjangkakan jentera Ducati yang cukup pantas sangat sesuai beraksi di Litar Spielberg yang dikategorikan sebagai litar laju kerana memiliki laluan lurus yang panjang, Marquez muncul menidakkan kelebihan tersebut.

Jentera RC213V milik Marquez cukup kompetitif dengan mencatat kelakuan maksimum 313 kilometer sejam (km/j) berbanding Ducati GP18 milik Dovizioso dan Lorenzo yang mencatat kepantasan maksimum 310 km/j dan 308 km/j.

Dovizioso ketinggalan hanya 0.002s di belakang Marquez manakala Lorenzo menamatkan sesi kelayakan tersebut dengan catatan 1 minit 23.376s untuk berpuas hati pada kedudukan ketiga.

Bagaimanapun, tidak mudah buat Marquez apabila dia dicabar sengit oleh duo Ducati pada aksi kelayakan terakhir, namun tuah menjadi miliknya apabila meraih catatan masa berkenaan sekali gus membo-lehkannya meraih petak pertama keempat musim ini daripada 10 perlumbaan.

Marquez kini selesa mengungguli catatan kategori pelumba apabila mengumpul 181 mata dengan hasil lima kemena-ngan podium pertama sambil dicabar pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi di tempat kedua dengan 132 mata.

Dalam pada itu, malang buat Rossi apabila kebimbangan yang diluahkannya minggu lalu menjadi kenyataan selepas dia ter-singkir pada sesi kelayakan pertama dan terpaksa berpuas hati de-ngan memulakan perlumbaan di petak ke-14.

Rossi sebelum ini mendedahkan jentera M1 Yamaha berdepan masalah elektronik yang agak serius menyebabkan mereka hilang daya pecutan dan sesi kelayakan malam tadi membuktikan bahawa dakwaan itu benar. – Agensi