Kata Marquez, perubahan jentera yang dibekalkan pasukan tidak terlalu ketara berbanding apa digunakannya sebelum ini, selain hanya boleh berharap untuk me­lakukan yang terbaik pada perlumbaan sebenar hari ini.

“Saya mempunyai perasaan sama seperti awal musim apabila jentera yang diubah jurutera pasukan kami tidak memiliki kepantasan diharapkan. Mungkin saya masih belum menyesuaikan diri dengan jentera baharu ini.

“Saya tukar jentera lama dan guna yang kepada baharu pada sesi latihan bebas FP1 serta FP2 dan merasakan perbezaannya tidak ketara. Namun, saya tetap mengharapkan yang terbaik pada perlumbaan sebenar dan berdoa agar cuaca dalam keadaan baik,” katanya.

Sementara itu, pelumba Ducati, Andrea Dovizioso mengakui perlu bekerja keras sekiranya berhasrat untuk mencipta kejutan dengan menjuarai GP Republik Czech di Litar Brno malam ini.

“Aksi latihan bebas dan pusi­ngan kelayakan tidak memberi sebarang makna kerana apa yang penting adalah perlumbaan konsisten sepanjang 21 pusingan pada saingan sebenar nanti.

“Saya yakin kelebihan memihak kepada kami memandangkan jentera Ducati sangat sesuai dengan keadaan litar ini. Namun, segalanya bergantung pada hari perlumbaan dan saya harap dapat kekalkan momentum positif,” katanya. 
– Agensi