Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama pasukan Eropah itu layak ke final Piala Dunia selepas pencapaian terbaik mereka sebelum ini adalah pada edisi 1998 ketika terkandas di pentas separuh akhir.

Mandzukic yang muncul wira buat pasukan Croatia selepas meledak gol kemenangan ke atas skuad Three Lions percaya rakan-rakan sepasukannya telah melakukan perkara yang di luar jangkaan dengan kejayaan menempah tiket final menentang Perancis, Ahad ini.

"Ini adalah satu keajaiban kerana bukan mudah untuk bangkit daripada ketinggalan dan sekali gus menyingkirkan England.

"Kami mungkin tidak beraksi begitu baik ketika menewaskan Denmark dan Rusia tetapi kami buktikan bahawa kami layak berada di final dengan persembahan yang kami pamerkan hari ini. Harap momentum dapat diteruskan dalam aksi bertemu Perancis nanti," katanya. - Agensi