Keputusan tersebut menyaksikan juara bertahan Liga Perdana England (EPL) itu ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan pendahulu, Liverpool sekiranya The Reds berjaya menewaskan Leicetser pada aksi awal pagi ini.

Dalam aksi tersebut, City dilihat terlebih dahulu menyumbat gol pembukaan selepas 24 saat perlawanan dimulakan menerusi Sergio Aguero sebelum mereka dimalukan dengan jaringan Salomon Rondon dan Matt Ritchie pada babak kedua perlawanan.

“Ia bukanlah persembahan terbaik yang dipamerkan pasukan ini. Kami bermula dengan baik apabila menjaringkan gol pembukaan, namun sepanjang perlawanan kami gagal mendapat ren­tak yang sempurna untuk terus menyerang.

“Sebab itu apabila berada dalam situasi ini, kami tidak boleh bermain dengan hantaran jauh. Rentak permainan City juga terlalu perlahan dan kami gagal bermain seperti apa yang telah dirancang.

“Semuanya bermula apabila percu­baan pertama pasukan tuan rumah telah membuahkan hasil sebelum kami dihukum dengan sepakan penalti pada minit ke-80 perlawanan. Bagaimanapun kami tetap berpeluang untuk mendapatkan gol dalam ­perlawanan tersebut,” kata Guardiola. – Agensi.