Bernardo Silva muncul wira The Citizens selepas menjaringkan gol tunggal pada minit ke-46, sekali gus meletakkan skuad bimbingan Pep Guardiola berkelebihan 18 mata setelah mengumpul 78 mata mengatasi Liverpool di tangga kedua dengan 60 mata.

“Kami semakin menghampiri kejuaraan tetapi ia masih belum berada di dalam genggaman. Kami perlu bertenang dan melalui beberapa perlawanan lagi untuk merealisasikan impian ini,” ujar Guardiola.

Berbaki sembilan perlawanan, The Citizens memerlukan empat kemenangan untuk bergelar juara buat kali kelima selepas mengungguli carta EPL pada musim 1936/37, 1967/68, 2011/12 dan 2013/14.

Selepas ini City akan bertandang ke Stadium Bet 365 menentang Stoke pada 13 Mac ini.