Wakil negara yang dimaksudkan ialah pemain perseorangan lelaki, Liew Daren; beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta beregu lelaki, Aaron Chia-Wooi Yik Soh.

Paling mengejutkan, Daren yang berada di ranking ke-39 dunia berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila mudah menewaskan pemain No. 6 dunia dari India, K. Srikanth menerusi keputusan straight-set 21-18, 21-18 dalam tempoh 41 minit.

Gandingan Peng Soon-Liu Ying pula berjaya mengatasi pasangan England, Lauren Smith-Marcus Ellis dan langkah mereka disusuli kejayaan beregu lelaki, Aaron-Yik Soh yang mudah menyingkirkan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.