Lebih manis, ketua pasukan, Muhammad Razie Abd. Rahim muncul wira Malaysian Tigers apabila meledak hatrik bermula pada minit keempat, 24 dan 44 sekali gus dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Baki satu lagi gol skuad negara yang menghuni ranking ke-12 dunia itu dijaringkan Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abd. Jalil pada minit kesembilan permainan.

Gol sagu hati Ireland dalam perlawanan itu dihasilkan Kirk Shimmins pada minit ke-53.

Kemenangan itu secara tidak langsung meningkatkan semangat barisan pemain negara menghadapi perlawanan kedua menentang gergasi hoki No.1 dunia yang juga naib juara tahun lalu, Australia malam esok. - K! ONLINE