Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memberitahu, tiga entiti akan bergabung menubuhkan pasukan MotoGP milik negara tersebut iaitu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Petronas dan Yamaha.

“Kita telah menyaksikan kelibat pelumba Malaysia dalam kelas MotoGP musim ini dan pasukan Malaysia akan beraksi musim depan. Ia adalah satu kebanggaan kepada Malaysia,” kata Syed Saddiq kepada pemberita di Litar Silverstone, Britain semalam

Dalam pada itu, dua pelumba yang disebut-sebut menggalas cabaran pasukan negara ialah anak didik juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi iaitu Franco Morbidelli dan pelumba sedang meningkat naik dalam kelas Moto2 dari Perancis, Fabio Quartararo.