Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pasukan naib juara Sukan Asia mesti diberi keutamaan untuk layak secara automatik selepas Jepun, selaku tuan rumah Sukan Olimpik menjuarai temasya Sukan Asia 2018.

Pada final, Jepun mengalahkan Malaysia 3-1 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 6-6 pada masa penuh perlawanan.

India pula meraih pingat gangsa selepas mengalahkan Pakistan 2-1

Mengikut peraturan FIH, juara Sukan Asia, selaku juara benua, diberi tiket automatik ke Sukan Olimpik,

Subahan berkata, beliau sudah menyiapkan surat rayuan itu dan akan menyerahkannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FIH, Thierry Weil serta salinan akan diberikan kepada Presiden Persatuan Hoki Asia (AHF), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam minggu ini. - Bernama