Fearnley melahirkan rasa kecewa apabila aksinya yang memasuki stadium dengan membawa bendera tidak dirakam, sekali gus tidak dapat ditonton oleh para penyokong tuan rumah.

“Saya pasti terdapat ramai atlet yang menyertai Sukan Komanwel dan ahli keluarga mereka sudah tentu ingin melihat mereka mema­suki stadium pada majlis penutupan Sukan Komanwel. Peter Beattie (Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Komanwel 2018 Gold Coast) telah mengakui kesilapan mereka, dan saya setuju itu salah mereka,” katanya.

Keputusan untuk tidak merakam aksi atlet ketika memasuki stadium pada majlis penutupan itu menimbulkan kemarahan peminat sukan serta ahli-ahli politik sehingga memaksa Beattie mengeluarkan kenya­taan memohon maaf.

Bukan setakat itu sahaja, Fear­nley­ turut menyindir penganjur me­ngenai kejayaan penganjuran sukan tersebut apabila menyifatkannya sebagai Sukan Komanwel paling terbaik dan inklusif.

“Kepada semua orang yang tidak berpuas hati dengan situasi ini, saya tahu kamu melakukannya kerana ingin menegakkan hak kami sebagai atlet. Bagaimanapun, saya juga akan bersua­ra sekiranya tidak berpuas hati,” ­katanya. – Agensi