Pemain berusia 32 tahun itu berhijrah ke Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £8 juta (RM40.6 juta).

Menurut Luiz, keputusan mengejut itu terpaksa dilakukan kerana menyedari bahawa peluangnya untuk menggalas tanggungjawab selaku pemain utama The Blues semakin tipis.

“Saya pernah membuat perbincangan dengan semua orang di Chelsea untuk menyatakan saya mahu berpindah. Saya mendapat peluang untuk menyertai salah sebuah kelab besar. Sebagai seorang pemain profesional, saya sentiasa mahu cabaran baharu dalam karier saya.

“Saya juga tidak takut untuk melakukan perkara baharu. Saya fikir ramai pemain tidak mampu untuk melakukan perkara sama seperti saya kerana mereka takut. Seperti yang saya tegaskan, kehidupan saya di Chelsea telah berakhir dan saya mahu memulakan episod lain bersama Arsenal,” katanya.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Brazil itu mencipta nama apabila berhijrah ke Chelsea pada 2011 hingga 2014. Pada musim seterusnya, dia memulakan karier baharu bersama Paris Saint-Germain (PSG) hingga 2016 sebelum kembali semula ke Stamford Bridge pada tahun 2017.

Mengulas lanjut, Luiz berkata, faktor lain yang mendorong dirinya menyertai The Gunners adalah pengaruh pengurus kelab itu, Unai Emery yang pernah membimbingnya sewaktu di PSG. – Agensi.