Pada perlumbaan yang bermula dari Bagan, Pulau Pinang hingga Alor Setar, Kedah sejauh
130.8 kilometer (km) itu, dua pelumbanya iaitu Youcef Reguigui dan Mohd. Hariff Saleh berjaya menakluk podium dua dan tiga dengan catatan 2 jam 47 minit 19 saat.

Sekiranya prestasi tersebut dikekalkan pada baki dua perlumbaan seterusnya, Hariff berpotensi untuk merampas gelaran jersi hijau selaku raja pecut selepas dibezakan 17 mata di belakang penyandang, Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling. - K! ONLINE