Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terenggabu, Datuk Rozi Mamat berkata, kesemua tiga pelumba dari Russia, Australia serta Afrika itu dipilih kerana mereka merupakan pakar mendaki bukit.

"Hari ini (kelmarin) kita memperkenalkan empat pelumba import baharu yang juga merupakan pakar pendakian kerana sebelum ini saya dimaklumkan TSG menghadapi masalah daripada segi pelumba pendaki.

"Diharap tiga daripada empat pelumba ini dapat membantu kita dalam perlumbaan nanti selain prestasi pasukan TSG akan bertambah mantap dengan kehadiran pelumba terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran bagi memperkenalkan pelumba serta barisan penaja pasukan TSG di sini semalam. - K! ONLINE