The Reds sebelum itu melakar kejayaan apabila menundukkan Chelsea di Istanbul dalam saingan Piala Super Eropah minggu lalu menerusi penentuan sepakan penalti.

Satu gol masing-masing daripada Sadio Mane dan Roberto Firmino sudah memadai buat Liverpool bagi memastikan tiga mata berharga memihak kepada The Reds selepas pasukan tuan rumah sekadar memperoleh satu jaringan hasil sentuhan Danny Ings pada minit ke-83.

Situasi berkenaan ternyata memberi ke­legaan buat Klopp apabila pemainnya kembali pulih untuk berada pada tahap terbaik kurang daripada tiga hari meskipun mereka sebelum ini terpaksa bergelut dalam 120 minit perlawanan ketika beraksi di Istanbul.

“Ia adalah satu perlawanan yang sangat sukar buat pasukan tetapi pemain tidak menunjukkan keletihan sejak awal permai­nan.

“Kami ke sini adalah untuk mendapatkan kemenangan dan perkara itu membuatkan pemain sekali lagi ‘menggila’ ketika bertandang ke tempat lawan.

“Sasaran kami pada aksi ini adalah untuk memastikan bahawa jadual padat tidak memberikan kesan. Saya melihat pemain telah berjaya menghasilkan gol yang menarik.

“Selepas pulang dari Istanbul, kami agak kesuntukan masa, namun pemain mampu melakukan dengan baik ketika bertandang ke tempat lawan,” kata Klopp. – Agensi