Selepas ke pentas final musim lalu, Liverpool me­langkah ke pusingan suku akhir UCL kali ini apabila menyekat kemaraan skuad kendalian Niko Kovac di Allianz Arena awal pagi semalam.

Dalam aksi tersebut, pasukan tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal Sadio Mane sebelum Bayern kembali menyamakan kedudukan apabila Joel Matip tertampan bola masuk ke gawang sendiri.

Bagaimanapun, memasuki babak kedua, tandukan Virgil Van Dijk dan jaringan kedua daripada Mane melenyapkan impian wakil Bundesliga untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Kami telah menetapkan satu sasaran buat Liverpool dan meletakkan kembali The Reds dalam kelompok pasukan elit.

“Sebelum ini, kami semua terfikir mengenai kedudukan pasukan dan keputusan kali ini memberi jawapan di mana kami berada ketika ini.

“Pemain tahu mereka masih mempunyai peluang ketika bertandang ke tempat lawan walaupun sukan dan akhirnya ternyata usaha keras mereka berhasil.

“Ada beberapa stadium di dunia, jika pasukan seperti Manchester City, Barcelona dan Real Madrid sekali pun mereka tidak mampu untuk menjangkakan kemenangan. Allianz Arena merupakan salah satu tempat tersebut.

“Ia merupakan langkah pertama pasukan mencipta kemenangan seperti ini, namun kami tidak boleh terus bermain se­perti itu kerana dalam bola sepak kita perlu cara permainan yang berbeza.

“Apa yang pasti, Liverpool sudah kembali. Kami mahu te­ruskan misi pasukan biarpun banyak perkara yang perlu kami pelajari selepas ini,” katanya. – Agensi