Pada separuh masa pertama, skuad Hijau Kuning dilihat membuat beberapa serangan di kubu lawan tetapi gagal memperoleh sebarang jaringan.

Keadaan sama turut berlaku kepada skuad Tok Gajah yang gagal menyumbangkan sebarang gol buat pasukan.

Keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan yang dihadiri lebih 11,000 penyokong.

Kedah bermain tanpa tiga tonggak utama iaitu Jonathan Bauman, Rizal Ghazali dan Azmeer Yusof kerana penggantungan kad kuning. - K!  ONLINE