Kemenangan di tempat lawan itu sangat penting bagi skuad The Fighters untuk menambah mata untuk keluar dari zon penyingkiran.

Pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil berkata, anak-anak buahnya berada pada prestasi terbaik untuk memburu kemenangan ketiga musim ini selepas meraih tiga mata di laman sendiri Jumaat lalu.

“Kita tiada pilihan kecuali hanya kemenangan sehaja yang mampu menyelamatkan The Fighters untuk terus kekal dalam Liga Super musim depan.

“Kemenangan 5-4 terhadap pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) Jumaat lalu memberi motivasi berharga kepada anak-anak buahnya untuk terus melakar kejayaan,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, semua pemain utama bebas dari kecederaan dan mereka akan diturunkan untuk membenam cabaran PJCFC nanti.

“Saya harap gandingan penyerang import, Muhammad Khairul Amri Mohammad Kamal diberi banyak peluang untuk menjaringkan gol dengan hantaran tepat kepadanya di dalam kawasan penalti pihak lawan,” ujarnya.

Mohd.Nidzam memberitahu, pertemuan pertama dengan PJCFC pada 2 Mac lalu memihak kepada pasukannya dengan kemenangan tipis 1-0.

“Saya percaya skuad kendalian K. Devan itu akan bangkit untuk membalas dendam bagi mendapatkan tiga mata di laman sendiri,” jelasnya. - K! ONLINE