Empat gol UniKL yang merupakan juara Piala TNB tahun lepas diperoleh menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-10, Muhammad Razie Abd. Rahim (m-43), Kieran Govers (m-47) dan Mohamad Ashran Hamsani (m-55).

Dua gol TNB pula dijaringkan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil dan Norsyafiq Sumantri masing-masing pada minit ke-15 serta 20.

Dua lagi aksi yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan Nurinsafi tewas 3-5 kepada Pasukan Hoki Terengganu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dan Maybank cemerlang dengan kemenangan 2-1 ke atas TNB Thunderbolts di Stadium Tengku Abdullah, Bangi. - K! ONLINE