Kemenangan besar itu menyaksikan UniKL terus menerajui carta liga dengan 22 mata selepas lapan perlawanan setakat ini.

Walaupun berkenduri gol, namun ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj tetap tidak berpuas hati dengan prestasi ditampilkan anak-anak buahnya dalam aksi separuh masa pertama.

“Kami beri ruang kepada pasukan lawan pada suku masa pertama dan kedua sebelum situasi itu diperbaiki hingga terhasil tiga gol pantas dan ia terus mengubah rentak permainan kami.

“Bagi saya, kejuaraan liga masih belum terjamin kerana penentuan sebenar bergantung kepada perlawanan dengan TNB pada Ahad ini," katanya.

Muhammad Razie Abd. Rahim, Robbert Kemperman dan Valentin Verga masing-masing berjaya meledak dua gol buat UniKL dalam perlawanan itu.

Baki lima lagi jaringan melengkapkan 11 gol UniKL diperoleh menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Muhammad Hafiz Zainol, Rafizul Ezry Mustafa, Martin Havenga
dan kapten pasukan, Muhammad Marhan Mohd. Jalil.

Dua lagi perlawanan yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan juara bertahan liga, Pasukan Hoki Terengganu (THT) tewas mengejut 1-2 kepada TNB Thunderbolts manakala TNB bergaya menewaskan Nurinsafi 6-1. - K! ONLINE