MANE meraikan jaringan kemenangan ketika Liverpool menewaskan
MANE meraikan jaringan kemenangan ketika Liverpool menewaskan Crystal Palace 2-0 pada aksi EPL di Stadium Selhurst Park awal pagi semalam.

Skuad yang diberi jolokan The Reds itu menewaskan Crystal Palace 2-0 untuk menduduki tangga kedua liga dengan enam mata setakat ini.

“Perlawanan ini bukan aksi yang terbaik Liverpool kerana para pemain masih belum bersungguh-sungguh untuk mengawal perlawanan tersebut. Kami menang disebabkan dua jari­ngan gol yang dianggap sebagai nasib. Tetapi ia sudah cukup baik untuk kami mengukuhkan kedudukan.

“Saya melihat kemenangan ini sebagai satu langkah yang besar kepada kami untuk mencabar kejuaraan liga. Jika kita melihat statistik sebelum ini, Liverpool pasti akan tewas jika tidak ber­aksi dengan baik, namun sebaliknya pula berlaku pada pagi ini,” katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Selhurst Park itu, Liverpool memulakan aksi dengan langkah kanan apabila memperoleh jaringan pembukaan menerusi sepakan penalti daripada pemain te­ngah, James Milner pada minit ke-45 sebelum penyerang, Sadio Mane menggandakan gol pada waktu kecederaan babak kedua perlawanan.

Mengulas lanjut, bekas pe­ngendali Borussia Dortmund itu mengakui masih belum berpuas hati dengan jentera pertahanannya.

“Dari segi bertahan mereka memang bagus tetapi saya mahu mereka turut membantu jentera serangan dalam mencari peluang menjaringkan gol. Liverpool sepatutnya boleh beraksi lebih baik dengan jaringan gol lebih banyak,” ujarnya. – Agensi