Hudson-Odoi, 18, akan tamat kontrak di Stamford Bridge pada musim panas tahun depan sekali gus menarik minat beberapa kelab dari Eropah antaranya gergasi Jerman, Bayern Munich yang dikatakan bersedia dengan tawaran tinggi pada Januari depan.

Setakat ini, The Blues sudah berjaya mengikat perjanjian baharu selama lima tahun dengan dua bintang muda England, Ruben Loftus-Cheek dan Mason Mount.

“Beberapa pemain muda telah menandatangani kontrak baharu dan akan ada pemain lain mengikut jejak mereka bulan depan atau pada awal saingan musim baharu nanti.

“Tandatangan Mason (Mount) amat penting berdasarkan kecemerlangannya sewaktu beraksi secara pinjaman sebelum ini dan sekarang dia adalah sebahagian daripada skuad utama.

“Ruben (Loftus-Cheek) juga sudah menandatangani perjanjian baharu. Jadi, saya harap Callum (Hudon-Odoi) akan membuat perkara sama dan kekal di Chelsea,” kata Lampard.

Buat masa ini, Hudson-Odoi tidak berada dalam skuad pramusim Chelsea memandangkan pemain skuad antarabangsa England itu masih menjalani proses pemulihan akibat kecede­raan Achilles. – Agensi