Kedudukan tersebut bagaimanapun masih membolehkan jaguh kelahiran Dungun, Terengganu itu me­rangkul gelaran pelumba No. 1 dunia keirin secara tidak rasmi selepas me­ngumpul mata tambahan sebanyak 420 mata.

Walaupun kedudukan ranking dalam laman web Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) masih belum dikemas kini, Azizul yang berada di kedudukan kedua di belakang Matthew Glaetzer de­ngan 2,445 mata ketika ini sah memintas pelumba Australia berkenaan dengan catatan mata keseluruhan sebanyak 2,865 mata.

Glaetzer pula bakal turun di tangga kedua apabila hanya mengumpul 2,500 mata.

Namun, kekecewaan itu terubat apabila seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya merangkul pingat perak dalam acara yang sama.

Menurut Shah Firdaus, pencapaian yang dilakarkan itu membuktikan bahawa prestasi­nya hampir berada di tahap terbaik selepas turut merangkul gangsa pada acara pecut lelaki berpasukan kelmarin.

“Alhamdulillah, saya berjaya meraih kedudukan kedua dan berharap prestasi saya bertambah lebih baik,” katanya.

Pada saingan tersebut, Yuta Wakimoto dari Jepun merangkul emas manakala rakan sepasukannya, Tomoyuki Kawabata merangkul perak.