Pierer turut mengkritik pasukan Ducati yang melakukan perubahan pada casis kerangka besi memandangkan mereka pernah menggunakan casis tersebut pada Grand Prix (GP) 2003 dan berjaya bergelar juara dunia pada musim 2007.

Namun, Ducati tidak meneruskan penggunaan casis besi apabila pasukan tersebut beralih menggunakan casis karbon fiber sepenuhnya.

Pada tahun 2012, Ducati mengikuti jejak langkah pasukan Jepun menggunakan casis aluminium untuk membantu Valentino Rossi, namun ia berdepan kesukaran mendapatkan tungga­ngan terbaik.

Kini, KTM menjadi pasukan tunggal yang tidak menggunakan casis aluminium dan turut menolak cadangan menukarkan casis baharu pada jentera RC16 bagi perlumbaan musim ini. Mereka menegaskan mahu membina sebuah jentera yang mampu digunakan di jalan raya.

“Jika kami mengikut jejak Ducati, kami akan kalah. KTM terlibat dalam perlumbaan de­ngan dua misi utama iaitu pertamanya kami mahu berinovasi dan seterusnya ingin menjual jentera kami.

“Jentera MotoGP Ducati tidak mempunyai sebarang persamaan dengan mesin yang kamu beli di kedai-kedai luar sana dan jika anda melihat jumlah penjualan mereka hanya 53,000 unit pada 2018 dan kami 261,000 unit. Bagi saya, perlumbaan bukan hanya tentang emosi,” kata Pierer. – Agensi