Pengarah Permotoran KTM, Pit Beirer meluahkan rasa te­ruja dengan kerjasama baharu bersama pasukan yang memiliki banyak pengalaman serta pencapaian memberangsangkan sepanjang hampir 20 tahun bersaing.

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Tech3 bermula musim depan untuk mengharungi saingan MotoGP. Pasukan Tech3 telah memiliki banyak pengalaman dan telah mencapai banyak hasil yang baik sebelum ini.

“Struktur profesional ini menjadikan kami lebih kuat. Memiliki empat jentera KTM RC16 di litar juga merupakan satu langkah besar buat kami terutama dari segi program pembangunan jentera MotoGP dan perkongsian pengalaman bersama Tech3.

“Bermula dengan perlumbaan kategori remaja Red Bull sehingga berkelas tinggi seperti MotoGP, sasaran kami tetap sama iaitu untuk mencapai tahap tertinggi dan menjadikan kami lebih kuat berbanding pasukan lain.

“Kami sedang menunggu untuk memulakan kerja bersama mereka dan saya sangat berte­rima kasih kepada Herve Poncharal (ketua pasukan Tech3) kerana memberi kepercayaan serta meletakkan masa depan pasukan mereka bersama kami di KTM,” ujarnya. – Agensi