Kekalahan tersebut meletakkan Madrid di kedudukan kelima liga ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Barcelona selepas berdepan 18 perlawanan musim ini.

“Terlepas peluang untuk menjaringkan gol dan gagal mempamerkan gandingan yang baik di atas padang ketika bermain di laman sendiri telah memberikan peluang kepada pasukan lawan untuk mencatatkan kemenangan di Bernabeu.

“Kami perlu duduk dan berbincang berhubung masalah yang berlaku dalam pasukan. Ia bukan satu perkara yang biasa dalam pasukan kerana situasi ini bukan kali pertama berlaku dalam pasukan.

“Jalan penyelesaiannya perlu segera dicari selain ramai pemain yang gagal menunjukkan kemam-puan sebenar mereka.

“Kami perlu memperbaikinya dan mengambil sepenuh tanggungjawab akan masalah yang berlaku dalam pasukan kali ini.

“Memang sukar untuk menghadapinya, namun saya percaya perkara ini akan menyatukan kita semua selepas ini,” kata Modric. – Agensi