Muthu yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Presiden KOM, mendapat 21 undi berbanding Karim dengan 18 undi pada pemilihan yang berlangsung di Majlis Olimpik Malaysia.

Ini menyaksikan KOM kini di bawak tampuk pimpinan baharu untuk penggal 2019 hingga 2022 sejak Karim menjawat tugas tersebut selama dua penggal bermula 2014 dahulu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden menyaksikan Datuk Paduka Mumtaz Jaafar menang tanpa bertanding selepas pencabarnya, Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri.

Empat jawatan Naib Presiden pula dimenangi Mark Willean Ling, Rajemah Sheikh Ahmad, Fadzil A. Bakar dan Josephine Kang. - K! ONLINE