Pada aksi di Turf Moor itu, Mane menyumbat gol kedua buat Liverpool selepas penyerang Burnley, Chris Wood menjaringkan gol sendiri manakala Roberto Firmino melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga.

Klopp menolak bahawa alasan mengeluarkan Mane untuk digantikan dengan Divock Origi pada minit ke-85 sebagai sebab pemain tersebut berang.

“Mane merupakan seorang individu yang beremosi. Ada sesuatu yang berlaku tidak seperti yang diharapkannya dan bukan disebabkan dia dikeluarkan. Kami akan cuba dapatkan kenapa perkara itu berlaku di bilik persalinan,” kata jurulatih kelahiran Jerman itu selepas tamat perlawanan.

Liverpool mencatatkan kemenangan 100 peratus aksi Liga Perdana England (EPL) musim ini dan kali ke-13 berturut-turut sekali gus mencatatkan rekod baharu buat kelab Merseyside tersebut.

Klopp mengakui corak permainan Burnley telah menyukarkan Liverpool, namun memuji anak-anak buahnya yang berjaya mengawal situasi berkenaan dan mengawal perlawanan dengan baik sekali.

“Kami bermain cukup bijak sekali. Banyak berlaku situasi 50/50 disebabkan mereka bermain hantaran jauh, namun benteng pertahanan berjaya mengekang serangan pasukan lawan,” kata Klopp. – Agensi