KEITA memulakan debut di EPL dengan cukup bergaya apabila membantu
KEITA memulakan debut di EPL dengan cukup bergaya apabila membantu Liverpool membenam West Ham 4-0 pada aksi kelmarin.

Pemain skuad kebangsaan Guinea itu telah menyertai Liverpool tahun lalu de­ngan yuran perpindahan dilaporkan sebanyak £53 juta (RM276.56juta). Namun, dia kekal di RB Leipzig selama satu musim sebagai pemain pinjaman.

Liverpool dilihat me­ngalami sedikit masalah di bahagian tengah musim lalu apabila mereka kehilangan Philippe Coutinho selain berdepan masalah kecederaan pemain di posisi berkenaan.

Bagaimanapun, Keita telah diturunkan sepenuh masa ketika Liverpool berjaya membenam West Ham United 4-0 di Anfield kelmarin.

“Sudah pasti ia adalah satu persembahan yang baik oleh pasukan untuk aksi pembukaan kali ini.

“Sejak enam minggu lalu, saya tidak membuat sebarang perbandingan antara pemain baharu dengan pemain sedia ada seperti James Milner dan Geor­gino Wijnaldum kerana pada saya, ia adalah sama kerana mereka semua akan melakukan yang lebih baik menjelang musim baharu.

“Bagi Naby, semema­ngnya dia seorang pemain yang bagus dan saya sentiasa mengimpikan dia dapat ber­aksi dengan baik seperti mana di Leipzig sebelum ini.

“Dia mampu bermain di pelbagai posisi, namun mele­takkannya di bahagian te­ngah adalah keputusan yang terbaik.

“Dia dibantu pemain-pemain lain ketika ber­aksi di atas padang dan itulah yang kami harapkan,” kata Klopp. – Agensi