Ketibaan tersebut disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir selaku Presiden KFA; Timbalan Presiden KFA, Abdul Rahman Abdullah; Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustaffa, Khamal Idris Ali dan Mohd. Yusuri Yusof; barisan Exco KFA serta Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Asmirul Anuar Aris.

Delegasi badan induk bola sepak negara turut disertai Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi; Naib Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram; Exco FAM, Datuk Aminuddin Omar, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Datuk Jefferey Low Han Chau, Md Dali Wahid dan Datuk Suraya Yaacob serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Kunjungan hormat tersebut turut disertakan dengan taklimat peta hala tuju atau Roadmap FAM iaitu F:30 dan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE), serta sesi perbincangan berkenaan beberapa isu bola sepak tempatan.

“Tujuan utama kunjungan hormat ini sudah tentu adalah untuk kami di FAM dapat mengenali lebih rapat barisan selain mahu memastikan ahli-ahli gabungan kita ini memahami hala tuju F:30 dan projek ACE.

“Jika tidak mencapai 100 peratus persamaan sekali pun, andai berjaya mencecah 70 peratus keserasian dengan ahli-ahli gabungan ini, ia sudah cukup baik dalam memastikan mereka dapat memahami apa yang sedang FAM usahakan ini,” kata Hamidin. - K! ONLINE