Naib Presiden KFA, Khamal Idris Ali (gambar kecil) berkata, perkara itu akan di­bincangkan dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung di Alor Setar.

Kata beliau, mesyuarat tersebut juga akan membincangkan tentang perancangan dan isu-isu semasa badan induk bola sepak negeri itu.

“Kedudukan Mohd. Nidzam selaku pengendali pasukan akan ditentukan dalam mesyua­rat itu selain memberikan fokus kepada pasukan dalam menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Status Mohd. Nid­zam sebagai ketua jurulatih Kedah menjadi tanda tanya apabila kelibat beliau tidak kelihatan semasa sesi latihan Helang Merah di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH), Alor Setar sejak dua hari lalu.

Latihan pasukan dikendalikan oleh penolong ketua jurulatih, Azzmi Ab. Aziz.

Berhubung kedudukan penyerang import, Paulo Rangel yang tidak diturunkan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin Jumaat lalu juga akan dibincangkan dalam mesyua­rat tersebut.

“Saya yakin KFA akan membuat penilaian secara menyeluruh untuk mencapai keputusan terbaik demi prestasi Kedah,” tambahnya.