Barisan pertahanan United sangat lemah pada babak pertama apabila mereka mudah dibolosi dua gol hasil sentuhan Glenn Murray dan Shane Duffy sebelum Eric Bailly menghadiahkan sepakan pe-nalti kepada pasukan tuan rumah pada minit ke-44 bagi menambah jaringan.

Mourinho mendedahkan, ia merupakan satu situasi yang sukar baginya apabila barisan pertahanan tidak beraksi de-ngan yakin, manakala Bailly dan Victor Lindelof turut menunjukkan persembahan begitu hambar.

“Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan dan kesilapan tersebut telah menghukum United. Kadangkala kamu melakukan kesilapan, namun kamu tidak dihukum.
“Bagaimanapun, United sering kali dihukum disebabkan kesilapan-kesilapan seumpama itu,” kata Mourinho.

Pengurus kelahiran Portugal itu menegaskan, secara keseluruhannya, United cuba melakukan kebangkitan, namun dari sudut mental, kesilapan dilakukan pemain-pemainnya telah memberikan keyakinan tinggi kepada Brighton untuk menambah jaringan.

“Saya tidak menjangkakan pemain akan melakukan kesilapan sedemikian rupa, bukan kesilapan kecil tetapi kesalahan besar hingga ia menghukum kami.

“Akibatnya, para pemain mula hilang keyakinan dan arah tuju hingga menyebabkan percaturan pasukan tidak berjalan lancar, sekali gus memberikan kelebihan kepada pihak lawan.

“Apabila kami berjaya men-yumbat satu gol dan kami fikir akan melangkah ke babak ke-dua dengan lebih yakin meskipun ketinggalan 1-2, namun tiba-tiba kamu melakukan kesilapan hingga membolehkan pihak lawan menambah jaringan ketiga pada minit ke-44. Sudah tentu ia menjatuhkan moral pemain,” katanya. – Agensi