Presidennya, Rezal Zambery Yahya berkata, inisiatif tersebut mampu meningkatkan tahap keselamatan dalam dan luar stadium pada kempen Liga Malaysia sekali gus perlawanan dapat berlangsung dengan sempurna dan tenang tanpa sebarang kekecohan atau rusuhan.

“Pemain juga akan lebih fokus apabila beraksi di atas padang serta emosi mereka bertambah stabil jika suasana stadium sentiasa terkawal dan berada dalam keadaan yang tenang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.