Pada perlawanan tersebut, Tchetche Kipre melakar sejarah baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila meledakan jaringan terpantas untuk Terengganu ketika aksi baharu sahaja masuk saat ke-33.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit namun penyerang import Korea, Do Dong-Hyun melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas sepakannya sekadar melewati palang pada minit ke-24.

Gol yang dicari tuan rumah, akhirnya tiba apabila Dong-Hyun menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1 sekaligus memberikan kegelaan buat The Red Warriors (TRW).

Jaringan itu nyata menyuntik semangat barisan pemain TRW apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu pasukan pelawat namun gagal menepati sasaran dan keputusan sehingga tamat perlawanan.

Bersambung babak kedua, TRW dan TFC I masing-masing saling berbalas-balas serangan.

Minit ke-73, TFC I hampir menambah jaringan kedua namun Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan gawang golnya dari terus dibocori.

Selang 15 minit kemudian, TRW mempersiakan peluang menambah jaringan apabila sepakan percuma Bruno Lopes dari luar kotak penalti tersasar ke pintu gol sebelah kiri Terengganu meskipun penjaga golnya Mohd. Suffian Rahman sudahpun tertewas.- K! ONLINE.