Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi lesu sebelum skuad Helang Merah dikejutkan dengan gol pertama pasukan lawan.

The Bos Gaurus membuka tirai jaringan menerusi import, Gilmar Jose Da Silva pada minit ke-20.

Memasuki babak kedua perlawanan, skuad kendalian Ramon Marcote cuba bangkit dengan melakukan beberapa cubaan di hadapan gol lawan.

Usaha keras itu berhasil apabila Sandro Da Silva menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-77.

Kegembiraan tidak bertahan lama apabila pasukan lawan menambah dua lagi jaringan menerusi Mohd. Nazrin Mohd Nawi pada minit ke-86 dan
Nazirul Naim Che Hashim pada masa tambahan. - K! ONLINE