Dalam aksi itu, Padang Siam FC ketinggalan 0-4 sebelum mereka mempamerkan kebangkitan luar biasa mengikat kedudukan 4-4 berbaki 15 minit perlawanan sebelum wisel penamat dituipkan.

Tanpa berselindung, pengurus pasukan Azli Shafie mengamburkan pujian mengunung kepada barisan pemainnya yang mempamerkan kebangkitan luar biasa.

Azli berkata, dia sama sekali tidak percaya barisan pemain mampu menyerap tekanan dan seterusnya bangkit memperagakan aksi terpuji.

"Saya harap barisan pemain dapat mengekalkan semangat juang sebegini menjelang aksi separuh akhir ini.

"Saya akui aksi selepas ini pastinya sengit, jadi kita perlu lebih bersedia," katanya.

Azli memberitahu, bagimanapun dia enggan mendabik dada dengan kejayaan itu.

Katanya, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki seandainya mahu melangkah lebih jauh selepas ini.

"Dengan ruang yang ada, kita akan lipat gandakan lagi latihan dalam usaha menutup kelemahan yang ada pada pasukan.

"Jadi saya amat berharap pemain dapat mengekalkan fokus untuk aksi selepas ini," ujarnya. - K! ONLINE