Atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu melakar sejarah baharu Sukma apabila menjadi satu-satunya pelumba basikal yang meraih emas hatrik pada tiga edisi berturut-turut sejak Sukma 2014 bagi acara ujian masa individu wanita.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian ini lebih-lebih lagi apabila ia adalah Sukma terakhir saya,” katanya.

Pada perlumbaan sejauh 31.2 kilometer di Batu Kurau, Perak semalam, Nur Aisyah melakukan catatan terpantas 44 minit 57.316 saat (s) untuk menyambar pingat emas.

Terengganu turut mendominasi tempat kedua selepas pelumbanya, Nurul Najihah Inani A. Aziz mencatatkan masa kedua terpantas 47:30.954s.

Tempat ketiga menjadi milik Yeong Zhen Yi dari Wilayah Persekutuan menerusi catatan masa 49:29.641s.

Sebagai rekod, pada Sukma 2016 di Kuching, Sarawak, Nur Aisyah, 21, mendominasi lima emas menerusi acara ujian masa individu dan berpasukan, lepas beramai-ramai individu, berpa­sukan serta kriterium.